Monday, 30 January 2012

Pengenalan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Komponen Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut:


Komponen Teknologi Maklumat

Suke?Komen anda? ☺ Tq

Apa Itu Internet? :D

Projek Internet sebenarnya bermula seawal tahun 1960an melalui ARPAnet, sebuah projek yang mendapat biaya kerajaan US untuk mewujudkan rangkaian komputer di antara empat universiti perintis; Universiti California, Universiti Utah, Universiti California Santa Barbara dan Institut Kajian Stanford (sekarang Universiti Stanford).

Nama Internet mula digunakan seawal tahun 1985. Ada yang mengatakan ia gabungan 'Inter Networking'. Ada pula yang mengatakan 'International Network'. Rasanya kata gabungan yang pertama lebih tepat.

Internet beroperasi menggunakan dua protokol (tatacara komunikasi) utama iaitu TCP dan IP.

TCP maksudnya Transfer Control Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana data dipindahkan dari satu komputer ke komputer yang lain.

IP bermaksud Internet Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana sesuatu komputer itu menyertai jaringan komputer dan dapat dikenali oleh komputer lain yang berada dalam jaringan tersebut.

Secara mudahnya TCP dan IP ibarat Posmen,Surat dan Alamat Rumah. Setiap surat perlu ada nama penerima dan alamatnya. Posmen akan membawa surat melalui apa jua laluan asalkan dapat sampai kepada penerimanya. Jika penerima tidak wujud, posmen akan pulangkan semula surat kepada penghantar atau pejabat pos asalnya.

Suke?Komen anda? ☺ Tq

Sambungan | Apa Itu Internet? :D

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggerisinter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagaiprotokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

Kemunculan Internet
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.

Internet hari ini


Pelbagai aplikasi internet, seperti pelayar web, FTP dan Telnet
Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet(Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti TCP/IPUDPDNSPPPSLIPICMPPOP3IMAPSMTPHTTPHTTPS,SSHTelnetFTPLDAP dan SSL.
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-melUsenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRCMUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRCICQAIMCDDBTorrent dan Gnutella.

Suke?Komen anda? ☺ Tq

Nak tahu pengalaman pertama saya layari Internet? :)) Come here!

Semua orang ada pengalaman tersendiri dalam hidup kan?Saya juga :)

Tapi hari ini saya nak menceritakan kembali pengalaman pertama saya dalam melayari Internet, iaitu satu jaringan yang membolehkan si pengguna mengakses maklumat tidak kira dari mana sahaja, pada bila-bila masa dan tidak terbatas.Rangkaian Internet ini sangat luas dan tidak terbatas kerana ia membolehkan kita mengetahui sebarang maklumat dari seluruh dunia dengan hanya di hadapan komputer sahaja.

Okey,biar kita pergi ke topik utama ya? :)

Kalau saya renung kembali, ya, memang saya akui yang saya sudah lupa masa pertama kali saya menggunakan Internet.Yang pastinya, saya sudah mengenali Internet ketika saya masih di sekolah rendah (baru masuk sekolah rendah sudah ada perkhidmatan Internet.Hehe XD ).Ayah saya telah melanggan perkhidmatan dail up di  rumah, iaitu satu perkhidmatan yang membolehkan kita mengakses masuk ke Internet dengan hanya mendail taliannya menggunakan talian yang telah ditetapkan.Dan bayaran untuk akses Internet sudah pasti dimasukkan ke dalam bil telefon rumah.Pada kali pertama saya dikenalkan dengan komputer dan CPU, memang saya tidak nafikan yang saya sangat jahil dan tidak tahu apa-apa mengenai komputer dan Internet.Setelah mempelajari serba sedikit program-program fungsi-fungsi komputer, barulah saya belajar serba sedikit mengenai Internet.

First time know the Internet ^^ haha


Suke?Komen anda? ☺ Tq

Thursday, 12 January 2012

PSV | Karya surealisme

"The Hat Makes the Man", 1920
Hasil karya Max Ernst

"Painting" , 1933
Hasil karya Joan Miro

"The Persistence of Memory"
Hasil karya Salvador Dali

Suke?Komen anda? ☺ Tq

PSV | Media & teknik surealisme

MEDIA & TEKNIK

®Media yang digunakan dalam aliran ini ialah cat minyak di atas kanvas, kayu, bahan-bahan buangan dan lain-lain dengan menggunakan teknik kolaj.
®Hal ini dapat dibuktikan dengan kebanyakan hasil karya pelukis pada zaman tersebut.
®Teknik Frottage atau rubbing digunakandimajukan oleh Max Ernst.
®Teknik Frottage :
¯Teknik membuat gambar dari tekstur tertentu, misalnya permukaan kayu, batu, kain, dan lain-lain.
¯Cara menggambar dengan Frottage ini adalah dengan meletakkan kertas di atas permukaan benda yang bertekstur, kemudian kertas digosok dengan pensel atau krayon.
®Joan Miro telah menggunakan :
¯Teknik mengecat secara automatik secara automatik & membiarkan berus bergerak mengikut arahan dari fikiran yang waras.


Suke?Komen anda? ☺ Tq

PSV | Tokoh aliran surealisme

SALVADOR DALI
®Salvador Felip Jasint Dali Domenech
®Lahir pada 11 Mei 1904
®Meninggal 23 Januari
®1989 (84 tahun)
®Merupakan pelukis terpenting
®di Sepanyol.
®Mengkombinasikan antara mimpi aneh ( bizzare) dengan draftmanship dan keahlian menggambar yang luar biasa oleh master Renaissance.
®Merupakan seorang artis  yang berbakat dan mempunyai imaginasi yang besar.
®Beliau amat mencintai dalam melakukan hal yang tidak biasa dalam menarik perhatian diri sendiri.
"Geopoliticious Child Watching The Birth On The New Year"
MAX ERNST

Suke?Komen anda? ☺ Tq

PSV | Sifat surealisme

BENTUK & SIFAT SUREALISME

Gambar mimpi yang membangkitkan khayalan
Bayangan yang tidak masuk akal dan kadang-kadang berunsur sek yang simbolik
Boleh melahirkan cerita-cerita yang memeranjatkan,   menakutkan(horrifies),memuatkan   (nauseates),  merangsangkan (provokas), dan menghairankan.
-  Gaya
spontan ikut intuiti dan gerak hati tanpa berfikir dan mengkaji.
Objek yang tidak berkenaan dan tidak berhubungan diletakan bersisi-sisian dalam suatu situasi yang tidak dijangka
Suke?Komen anda? ☺ Tq

PSV | Aliran surealisme

SEJARAH PENGENALAN ALIRAN SUREALISME
®Merupakan sebuah aliran seni dan kesusasteraan.
®Aliran  yang menjelajahi dan merayakan alam mimpi, dan fikiran bawah sedar melalui penciptaan karya visual, puisi, dan filem.
®Lukisan menyerupai bentuk-bentuk yang sering ditemui di dalam mimpi.
®Mengabaikan bentuk secara keseluruhan dan mengolah setiap bahagian tertentu dari objek untuk  menghasilkan sensasi tertentu.
®Surrealisme juga merupakan gerakan budaya yang bermula pada pertengahan tahun 1920-an.
®Istilahsurrealismediperkenalkan oleh Guillaume Appollinaire pada tahun 1917.
®Pada tahun 1024, dipakai oleh Andre Bizton untuk menyebutkan corak dalam seni lukis.
®Surrealism diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1942 di Paris, Perancis.



Suke?Komen anda? ☺ Tq