Monday, 6 February 2012

LOMPAT JAUH | FASA

GAYA LOMPAT JAUH
FASA LOMPAT JAUH
  • Fasa penujuan – lari menuju ke papan lonjak
  • Fasa lonjakan – melompat dari papan
  • Fasa layangan – badan berada di udara
  • Fasa pendaratan – ( termasuk pulihan ) sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.
FASA PENUJUAN
►    Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulaan meestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis,17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
►    Penentuan titik mula
Pelompat bermula di papan lonjak, kira 11-15 langkah dan letakkan tanda. Ulang larian dari titik mula ke papan lonjak untuk memastikan kaki lonjak adalah pada papan lonjak. Jika perlu ubahkan tanda untuk mendapatkan jarak yang betul

FASA LONJAKAN
►    Setibanya di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan di rendahkan sedikit untuk memberikan keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan di tegakkan dengan mengangkat dada ke atas.

FASA LAYANGAN
►    Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat mengerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal

FASA PENDARATAN
►    Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki di rapatkan; tangan dan kaki di gerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian kehadapan.

PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH
►    Lompat jauh memerlukan peserta  berlari dengan pantas dan di susuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi bagi mencapai jarak lompatan yang maksimum.
►    Suatu kajian dalam bidang olahraga
(Gordon, 1975) telah membuktikan bahawa gaya tendang kayuh hanya berkesan dan sesuai bagi pelompat yang mampu melompat jarak yang lebih daripada 5 meter.


Suke?Komen anda? ☺ Tq

0 kritikan!:

Post a Comment