Panduan Asas Membina Slide Paparan Persembahan
Terdapat lima media yang digunakan dalam membina perisian persembahan elektronik, iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Dalam satu persembahan elektronik tidak semestinya kelima media ini digunakan. Pembangun perisian perlu bijak menggunakan media dalam persembahan elektronik bagi menghasilkan persembahan yang memberi impak yang baik dan berkesan kepada pengguna.
Penggunaan media yang sembarangan akan menghasilkan kesan yang negatif terhadap persembahan seperti:
i. penggunaan warna yang banyak dan menyilau menyebabkan mata pengguna akan merasa letih
ii. paparan persembahan yang dibina menggunakan warna, font teks dan saiz teks yang terlalu banyak dalam sesuatu persembahan akan menganggu tumpuan seterusnya membosan pengguna.
iii. kandungan kognitif yang terlalu banyak dalam satu paparan menjejas keupayaan pengguna membentuk kefahaman seperti yang diharapkan oleh pembina persembahan.
Keperluan persembahan
Persembahan elektronik yang menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih sesuai kerana pembangun perisian menggunakan video berbanding menggunakan gambar. Persembahan menggunakan gambar pula adalah lebih sesuai untuk menerangkan sesuatu keadaan berbanding dengan menggunakan teks.
Golongan sasaran pengguna
Dalam membangun persembahan yang mempunyai golongan sasaran terdiri daripada golongan kanak-kanak TADIKA adalah lebih sesuai pembangun perisian menggunakan animasi.Penggunaan animasi yang banyak pula tidak sesuai digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa.
Lokasi persembahan
Persembahan di dewan yang besar tetapi menggunakan teks yang mempunyai font yang kecil akan menyebabkan pengguna tidak dapat membaca mesej yang hendak di sampaikan dan akhirnya akan menyebabkan rasa bosan di kalangan penonton.
Makna kepada mesej persembahan
Persembahan yang membawa mesej yang sedih dan sayu tetapi menggunakan warna panas dan terang adalah tidak sesuai sebaliknya warna yang sesuai ialah warna yang lembut dan harmoni.
Memilih media yang berkaitan
Pembangun persembahan perlu memilih media yang berkaitan dengan mesej persembahan bukan berdasarkan kegemaran pembangun persembahan. Contohnya klip video yang menunjukkan senario kampus tidak sesuai dijadikan video pengenalan untuk persembahan teknik bola sepak.
Mencipta kerangka persembahan menggunakan papan cerita
Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk secara bersiri dan ia juga adalah skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi perisian multimedia. Paparan skrin perlu dirancang dengan baik. Dalam melakar papan cerita, pembangun perisian perlu mengaplikasikan prinsip reka letak. Papan cerita disediakan di peringkat awal proses reka bentuk. Papan cerita merupakan lakaran imaginasi pembangun perisian tentang apa yang hendak dipaparkannya dalam sesuatu persembahan multimedia.
- warna atau objek latar paparan
· jenis mata huruf, saiz dan warna teks,
· imej seperti gambar dan grafik pegun,
· grafik animasi,
· audio iaitu suara serta bunyi latar dan objek bunyi,
· video dan
· unsur interaktif seperti hotspot
Penyediaan papan cerita memberi beberapa kebaikan berikut:
i. Membolehkan pembangun perisian kursus mencambah minda dan idea
ii. Membolehkan pembangun perisian merancang reka bentuk muka perisian kursus di peringkat awal.
iii. Membolehkan pembangun perisian kursus menzahirkan idea sebelum dipindahkan ke paparan di komputer.
iv. Membolehkan pembangun perisian kursus merancang dan mengaplikasikan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan mudah.
v. Membolehkan perubahan yang dikehendaki dilakukan dengan mudah.
vi. Menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian kursus.
vii. Mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang penting.
viii. Membolehkan pembangun perisian kursus mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian kursus.
Contoh Papan Cerita 1:
Lakaran 1
Hasilnya:
Contoh Papan Cerita 2:
Lakaran 2
Hasilnya:
Emperor Casino | Shootercasino.com
ReplyDeleteThe Emperor febcasino Casino 메리트 카지노 쿠폰 is a real place where you can play the best casino games and win big. Play the latest online slot games like Rating: 4.1 제왕카지노 · 3 votes