Monday, 6 February 2012

LOMPAT JAUH | LATIHAN & PERATURAN

LATIHAN ANSUR MAJU
1) Menentukan kaki lonjakan
►    Pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.
2) Latihan lonjakan
►    berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh
►    berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak .
►    berlari 3 dan 5 langkah dan melompat
►    berlari 3 langkah dan menanduk objek yang di gantungkan
3) Latihan mendarat
►    lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan
►    lompat( dengan kaki lonjakan)  dan mendarat dari peti lombol (atau Peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
►    Lompat berdiri melepasi tibunan pasir
(berbeza ketinggian)
4) Mengukur penujuan
►    Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak ( hujung kaki sama) dengan sisi papan. Pelompat mula langkah pertama denan lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menandakan titik tersebut.
►    Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
►    Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
5) Latihan  gaya lompatan berbeza
►    Berlari 9 langkah dan melompat mengunakan gaya bebas.
►    Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza ( layar, gantung ,tendang kayuh)
►    Berlari  dan melompat dari papan anjal mengunakan
  • Gaya layar
  • Gaya tendang kayuh
  • Gaya gantung.



PERATURAN ACARA LOMPAT JAUH (PERATURAN 147)
►    Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan di benarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik di pilih untuk membuat 3 lagi lompatan.
►    Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang  atau  kurang, 6 percubaan di beri.
►     Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:
  • Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak
  • Melonjak di luar kawasan papan lonjak
  • Semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan
  • Selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan
PERATURAN ACARA LOMPAT JAUH
CARA MENGUKUR JARAK (PERATURAN 145)
►    Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan
►    Merekod kepada meter terdekat iaitu0.01 m di bawah ketinggian yang di ukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1cm diabaikan


Suke?Komen anda? ☺ Tq

0 kritikan!:

Post a Comment